Tahniah kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, atas kemenangan beliau dan Barisan Nasional pada PRU kali pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Secara rasminya telahpun mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai PM yang mewakili rakyat. Sebelum ini jadi PM tapi tak dapat mandat rakyat, dapat mandat dari BN saja.
Malangnya keputusan PRU ke 13 menunjukkan prestasi Datuk Seri Najib lebih teruk daripada prestasi Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kalau Pak Lah yang berjaya meraih 51.60% undi pada PRU 12 dulu pun, diminta bersara oleh rakan-rakan dalam UMNO, bagaimana pula nasib Datuk Seri Najib yang hanya memperolehi 48.67% undi sahaja? Tak kan nak tunggu dipaksa letak jawatan pulak.
Tan Sri Muhayiddin pun nak merasa kerusi PM tu.
Berhenti sendiri macam Tuan Guru Nik Aziz lebih baik daripada berhenti macam Pak Lah dulu.
Harap renung-renungkan perkara ini, walau dimana anda berada.

No comments:
Post a Comment