Saya tidak bersetuju apabila Pakatan Rakyat mengadakan Himpunan di Kelana Jaya semalam. Masih ada banyak saluran lagi sebagai bantahan tentang keputusan pilihanraya.
Tapi kehadiran yang memberangsangkan dalam keadaan hujan dan sesak, tuntutan rakyat untuk mendapatkan hak dan pilihanraya yang adil, bersih dan telus memang menakjubkan dan memang begitulah sepatutnya.
Pun begitu, saya masih berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim patut terima hakikat dan takdir. Ya, memang boleh dibuktikan bahawa banyak kepincangan dalam pilihanraya itu. Tapi takdir juga telah menentukan begitu. Buktikan anda pegang pada janji untuk bersara sekiranya Pakatan Rakyat kalah. Pegang pada janji dan anda akan terus dihormati sebagai negarawan juga. Berilah peluang dan galakan untuk pelapis dan anak muda meneruskan perjuangan ini.
Dalam pada itu, Azmin Ali buat hal lain pulak. Sudah-sudahlah nak rebut jawatan. Ikhlaskan diri bila berjuang. Apa guna pangkat kalau merosakkan kesepakatan. Bukan mudah membina Pakatan Rakyat, lebih mudah untuk memusnahkannya. Jika ada yang terbuku di hati, luahkan di saluran yang betul. Jangan babitkan rakyat juga. Anda pesan jangan heret rakyat, tapi apa kurangnya anda sendiri, Azmin.
Jangan mangsakan rakyat, walau dimana anda berada.
No comments:
Post a Comment