Setakat ini, kerusi MB Negeri Selangor masih tidak bertuan. Walaupun Pakatan Rakyat menang, kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, masih tidak pasti.
Kedudukan kerusi beri kelebihan pada PAS (dan DAP) masing-masing 15 kerusi berbanding PKR 14 kerusi.
Ramai yang senang dengan Tan Sri Khalid tapi sebahagian orang PAS mahukan kerusi MB itu diserah kepada PAS.
Jangan pula ada rundingan dengan UMNO untuk wujudkan UG. Khabar angin ini dah berleluasa sekarang. Pakatlah elok-elok dalam Pakatan.
Kot nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Pada yang masih bermagzhab UG, sudah-sudah lah tu.
Hargai mandat rakyat, walau dimana anda berada.
No comments:
Post a Comment