Sunday, June 9, 2013

Muhayiddin Kempunan Jadi PM?

Mengikut lapuran Sinar Harian bertajuk, Jawatan Tertinggi UMNO patut dipertandingkan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berpendapat jawatan presiden dan timbalan presiden Umno patut dipertandingkan pada pemilihan parti akhir tahun ini memandangkan ia sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan bersifat keterbukaan kepada ahlinya.

Katanya lagi, "Presiden dan timbalan presiden sendiri tidak menyatakan mereka tidak mahu ditandingi dan jelas kenyataan sedemikian hanya menunjukkan Umno sebuah parti yang eksklusif."

Bila Adnan Yaakob berkata demikian, terasa ia membuka peluang untuk kem Tan Sri Muhayiddin Yassin memulakan gerak untuk pertandingan jawatan presiden.

Dalam keadaan Muhayiddin yang mengkritik Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila BN hanya menang 140 kerusi pada pilihanraya tahun 2008, tentulah apabila BN hanya dapat pertahankan 133 kerusi saja pada pilihanraya yang lalu, soal menggantikan presiden Umno sedia ada adalah sangat relevan.  Lebih-lebih lagi jika Muhayiddin yang menjadi gantinya.

Soalnya, apakah Muhayiddin cukup berani menentang presiden dalam pemilihan yang akan datang?  Atau ada calun lain?

Jika ada calun lain yang lebih berani dan menang pula, kempunanlah Timbalan Presiden Umno ini.



Bertindaklah secara rasional, walau dimana anda berada.