Monday, July 15, 2013

Mudahnya Jadi Menteri

Berita dari Sinar Harian hari ini memang menarik.

KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.

"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.

Baca selanjutnya di http://www.sinarharian.com.my/nasional/menteri-elak-makan-ayam-kalau-harga-naik-1.182507

Rakyat perlu menteri yang dapat bantu kawal harga, bukan minta rakyat bantu menteri kawal harga.  Boleh pulak kata, "kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula".

Datuk, harga daging lebih mahal dari ayam lah.  Harga ikan pun lebih mahal dari ayam sekarang.

Ehmmm... mudahnya jadi menteri.



Wahai Pak Menteri, jawatan itu untuk bantu rakyat, walau dimana anda berada.


Sunday, June 9, 2013

Muhayiddin Kempunan Jadi PM?

Mengikut lapuran Sinar Harian bertajuk, Jawatan Tertinggi UMNO patut dipertandingkan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berpendapat jawatan presiden dan timbalan presiden Umno patut dipertandingkan pada pemilihan parti akhir tahun ini memandangkan ia sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan bersifat keterbukaan kepada ahlinya.

Katanya lagi, "Presiden dan timbalan presiden sendiri tidak menyatakan mereka tidak mahu ditandingi dan jelas kenyataan sedemikian hanya menunjukkan Umno sebuah parti yang eksklusif."

Bila Adnan Yaakob berkata demikian, terasa ia membuka peluang untuk kem Tan Sri Muhayiddin Yassin memulakan gerak untuk pertandingan jawatan presiden.

Dalam keadaan Muhayiddin yang mengkritik Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila BN hanya menang 140 kerusi pada pilihanraya tahun 2008, tentulah apabila BN hanya dapat pertahankan 133 kerusi saja pada pilihanraya yang lalu, soal menggantikan presiden Umno sedia ada adalah sangat relevan.  Lebih-lebih lagi jika Muhayiddin yang menjadi gantinya.

Soalnya, apakah Muhayiddin cukup berani menentang presiden dalam pemilihan yang akan datang?  Atau ada calun lain?

Jika ada calun lain yang lebih berani dan menang pula, kempunanlah Timbalan Presiden Umno ini.



Bertindaklah secara rasional, walau dimana anda berada.

Friday, May 17, 2013

Utusan Memang Teruk


Semua tahu jualan Utusan merosot teruk sejak berbelas-belas tahun dulu.
 
Tapi Utusan terpaksa setuju bahawa Pakatan Rakyat mendapat undi popular di Parlimen kali ini.  Anehnya kenapa di tulis 'Pembangkang' pada ruangan Pakatan Rakyat tu?
 
 

Pembangkang di Kelantan, Penang, Selangor dan Wilayah adalah BN.
Tak kan BN lawan BN kot di negeri-negeri Pakatan Rakyat menang tu?

Agak-agaknya, kalau Pakatan Rakyat menang, adakah tertulis perbandingan Pakatan Rakyat dan Barisan Pembangkang (bukan Barisan Nasional)?


Hormatilah nama orang/kumpulan lain, walau dimana anda berada.

Saturday, May 11, 2013

Azmin Ali ada berpuluh juta?

Dalam rencana bertajuk Apakah pengorbanan Azmin Ali dihargai, penulis, Nor Nathuri Abu Khalid mendakwa, 'Azmin Ali telah membelanjakan berpuluh-puluh juta wang peribadi beliau untuk menampung kegiatan-kegiatan parti'.

Wow, kalau betul lah kenyataan ini, timbul persoalan dimana Azmin dapat 'berpuluh-puluh juta' tu ya?

Penulis itu menambah, 'Bukankah ini masa keemasan untuk memberi peluang kepada Azmin Ali mendapat kembali segala wang yang telah dikorbankan kepada parti?'

Dengan menjadi Menteri Besar Selangor? Ternyata berita ini berniat jahat jika salah. 

Komen menarik dari Eternalmountain: 

Setahu saya hasil negeri Selangor adalah kegunaan rakyat negeri Selangor sahaja. Bukan jadi sumber dana hasil parti. Jangan sehingga meniru tingkah laku parti- parti lain dalam Malaysia. Rakya memilih Pakatan Rakyat kerana mahu sebuah kerajaan negeri telus dan bersih. Kalau PKR mahu mengolah sumber dana untuk partinya, biarlah dapat dari sumber- sumber lain. Jangan sekali- kali melaku amalan yang salah! Jikalau PKR ingin berbuat demikian, biarlah wakil dari PAS menjadi menteri besar. Biarlah saudara Khalid Ibrahim terus dalam perjuangan beliau sebagai menteri besar untuk rakyat dan negeri Selangor.

Apa komen Azmin sendiri?



Berjuanglah dengan ikhlas, walau dimana anda berada.


Thursday, May 9, 2013

Jangan Mangsakan Rakyat

Saya tidak bersetuju apabila Pakatan Rakyat mengadakan Himpunan di Kelana Jaya semalam.  Masih ada banyak saluran lagi sebagai bantahan tentang keputusan pilihanraya. 

Tapi kehadiran yang memberangsangkan dalam keadaan hujan dan sesak, tuntutan rakyat untuk mendapatkan hak dan pilihanraya yang adil, bersih dan telus memang menakjubkan dan memang begitulah sepatutnya.

Pun begitu, saya masih berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim patut terima hakikat dan takdir.  Ya, memang boleh dibuktikan bahawa banyak kepincangan dalam pilihanraya itu. Tapi takdir juga telah menentukan begitu.  Buktikan anda pegang pada janji untuk bersara sekiranya Pakatan Rakyat kalah. Pegang pada janji dan anda akan terus dihormati sebagai negarawan juga.  Berilah peluang dan galakan untuk pelapis dan anak muda meneruskan perjuangan ini.

Dalam pada itu, Azmin Ali buat hal lain pulak.  Sudah-sudahlah nak rebut jawatan.  Ikhlaskan diri bila berjuang.  Apa guna pangkat kalau merosakkan kesepakatan.  Bukan mudah membina Pakatan Rakyat, lebih mudah untuk memusnahkannya.  Jika ada yang terbuku di hati, luahkan di saluran yang betul.  Jangan babitkan rakyat juga. Anda pesan jangan heret rakyat, tapi apa kurangnya anda sendiri, Azmin.

Jangan mangsakan rakyat, walau dimana anda berada.

Perkara Pelik Selepas Pilihanraya

Bermacam-macam cadangan diberikan untuk meredakan keadaan iklim pilihanraya yang baru berlangsung.

Ada yang buat cadangan pelik agar DAP sertai Barisan Nasional.  Bukan cadangan tu pelik, orang yang mencadangkan perkara itu yang pelik.

Ada yang mencadangkan Datuk Seri Najib Tun Razak jadi Perdana Menteri untuk semua orang.  Cadangan yang bagus, tentu PM pun setuju.  Tapi akan ada orang rasa pelik.

Ada juga cadangan di kedai kopi agar semua komponen parti yang bertanding menyertai kabinet.  Jawatan dan bilangan anggota kabinet ditentukan mengikut kerusi parlimen yang dimenangi oleh parti masing-masing. Idea ini bagus tapi pelik juga bila memikirkannya.

Apapun, orang-orang yang berkuasa dan diberi kuasa buatlah yang terbaik untuk negara Malaysia ini.

Negara ini milik rakyat, walau dimana anda berada.

Tuesday, May 7, 2013

Selangor Jangan Tunggu UG

Setakat ini, kerusi MB Negeri Selangor masih tidak bertuan.  Walaupun Pakatan Rakyat menang, kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, masih tidak pasti.

Kedudukan kerusi beri kelebihan pada PAS (dan DAP) masing-masing 15 kerusi berbanding PKR 14 kerusi.

Ramai yang senang dengan Tan Sri Khalid tapi sebahagian orang PAS mahukan kerusi MB itu diserah kepada PAS.

Jangan pula ada rundingan dengan UMNO untuk wujudkan UG. Khabar angin ini dah berleluasa sekarang.  Pakatlah elok-elok dalam Pakatan.

Kot nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Pada yang masih bermagzhab UG, sudah-sudah lah tu.

Hargai mandat rakyat, walau dimana anda berada.

Datuk Seri Najib Letak Jawatan?

Tahniah kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, atas kemenangan beliau dan Barisan Nasional pada PRU kali pertama beliau sebagai Perdana Menteri.

Secara rasminya telahpun mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai PM yang mewakili rakyat.  Sebelum ini  jadi PM tapi tak dapat mandat rakyat, dapat mandat dari BN saja.

Malangnya keputusan PRU ke 13 menunjukkan prestasi Datuk Seri Najib lebih teruk daripada prestasi Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Kalau Pak Lah yang berjaya meraih 51.60% undi pada PRU 12 dulu pun, diminta bersara oleh rakan-rakan dalam UMNO, bagaimana pula nasib Datuk Seri Najib yang hanya memperolehi 48.67% undi sahaja?  Tak kan nak tunggu dipaksa letak jawatan pulak.

Tan Sri Muhayiddin pun nak merasa kerusi PM tu.

Berhenti sendiri macam Tuan Guru Nik Aziz lebih baik daripada berhenti macam Pak Lah dulu.

Harap renung-renungkan perkara ini, walau dimana anda berada.

Monday, May 6, 2013

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kotakanlah Janji

Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji sekiranya Pakatan Rakyat tewas pada PRU 13, beliau akan bersara dan kembali mengajar.

Beliau pernah berkata bahawa akan bersara dan terus berikan sokongan sekiranya diperlukan  Beliau juga menambah, mungkin akan terima tawaran mengajar di Institusi Pengajian Tinggi luar negara kerana beliau minat mengajar. 

Keputusan telah diketahui. Pakatan Rakyat tewas.

Hari ini pula DAP menyokong agar Datuk Seri Anwar Ibrahim terus memegang jawatan Ketua Pembangkang.

Pun begitu, kita berharap beliau dapat kotakan janjinya.  Berilah peluang kepada pelapis dan anak muda untuk meneruskan perjuangan ini.

Rakyat pun dah buat pilihan dan bersedia untuk kenaikan harga minyak, cukai GST, bayar PTPTN dan pelbagai deraan oleh Barisan Nasional. Nak buat macam mana, Datuk Seri.

Selamat bertugas di tempat baru, walau dimana anda berada.