Semua tahu jualan Utusan merosot teruk sejak berbelas-belas tahun dulu.
Tapi Utusan terpaksa setuju bahawa Pakatan Rakyat mendapat undi popular di Parlimen kali ini. Anehnya kenapa di tulis 'Pembangkang' pada ruangan Pakatan Rakyat tu?
Pembangkang di Kelantan, Penang, Selangor dan Wilayah adalah BN.
Tak kan BN lawan BN kot di negeri-negeri Pakatan Rakyat menang tu?
Agak-agaknya, kalau Pakatan Rakyat menang, adakah tertulis perbandingan Pakatan Rakyat dan Barisan Pembangkang (bukan Barisan Nasional)?
Hormatilah nama orang/kumpulan lain, walau dimana anda berada.

